Tuesday, July 05, 2005

AKAL ALAT DAN PEMIMPIN ORANG MUKMIN

Diriwayatkan oleh Ka'ab dan Abu Hurairah bahawa mereka datang dan bertanya kepada Rasulullah SAW:

"Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling pintar?" Rasulullah SAW menjawab:"Orang yang berakal."Mereka bertanya lagi:" Siapakah orang yang paling berbakti?" Rasulullah SAW menjawab:"Orang yang berakal." Mereka bertanya lagi: "Siapakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab:"Orang yang berakal kerana setiap sesuatu mempunyai alat dan alat orang mukmin ialah akal dan setiap kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukmin adalah akal."

Setiap kamu mempunyai tujuan dan yang utama bagi hamba Allah ialah akal(khayatul qulub)." Saidatina Aisyah berkata:"Akal itu mempunyai sepuluh bahagian, lima bahagian nampak dan lima bahagian lagi tersembunyi."
Adapun yang nampak ialah:
Pertama: Diam .
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:" Barangsiapa diam, maka selamatlah dia. Barangsiapa banyak bicaranya, maka banyak pula kesalahannya."

Kedua: Sabar.
Ketiga: Rendah hati. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa berendah hati, Allah akan mengangkat darjatnya dan barangsiapa yang sombong, Allah akan merendahkan darjatnya."

Keempat: Takut kepada Allah.
Kelima: Mengawal hawa nafsu.

"Sesungguhnya engkau sentiasa sejahtera selama engkau diam.Tetapi apabila engkau berkata, ditulis bagi engkau atas engkau (yang baik atau yang jahatnya)."
(Dari Hadith Mu'adh bin Jamal)
Doa Supaya beroleh ilmu yang bermanfaat:

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada MU dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dari doa yang tidak diperkenan.."

No comments: